Posts

Showing posts from December, 2022

3rd Time Isi Minyak Toyota Vellfire Golden Eye dan Sampai Kuantan

Image
 Semalam (22 Dec 2022) travel dari Seri Iskandar Perak ke Kuantan... Mmg smpi Kuantan dah wajin isi minyak...

2nd Time Isi Minyak Toyota Vellfire Golden Eye

Image
Second time isi sebaik keluar dari tol Gopeng (21 Dec 2022).

First Time Bawak Toyota Vellfire Golden Eye Travel Jauh

Image
Pada 21 Dec 2022 lepas, kita pun mulakan langkah perjalanan membawa Toyota Vellfire Golden Eye putih dari JB ke Perak, dek kerana nak fetch anak jantan sorang yang belajar di UiTM Seri Iskandar.  Memang best bawak MPV ni. Bawak laju tapi tak terasa. Tapi ada perasan yang odometer manual dan digital yang di tunjukkan sepertinya tidak melambangkan speed sebenar. So kalau pada paparan kelajuan tunjuk 130km/h, ianya sebenarnya adalah lebih kurang 123km/h. Kita double check dgn Google Maps dan satu lagi applikasi tak ingat nama apa.

Pasang Screen Belakang dalam Toyota Vellfire Golden Eye

Image
Lepas dinner pada 19 Dec lepas di Restoran Paling Muar di Kangkar Pulai, dekat entrance Taman Pulai Indah, kitorang saja round² bawak anak² jejalan naik Toyota Vellfire Golden Eye, sebab sebelum ni asyik bizi kerja. Masa jejalan malam tu duk sibuk buka YouTube dan nyanyi sesama, ala² karaoke. Semua yang di belakang susah tgk screen di baris depan. Maka lepas tu kita pasang screen belakang di row ke dua di tempat kita beli Toyota Vellfire Golden Eye ni pada Selasa 20 Dec 2022. Kos pasang dalam RM900. Screen ni akan paparkan display sama yang ada di screen depan kereta.

First time isi minyak Vellfire Golden Eye

Image
Ini memang first time isi minyak Toyota Vellfire Golden Eye kitorang. Isi full tank pada 19 Dec 2022 sebab lusa nak gerak ke Perak, ambik anak sulung, then terus ke Kuantan, sebab adik ipar bongsu nak kawin.  Masa mula² amik Vellfire ni pada 7 Dec 2022 lepas minyak penuh 3 suku tangki. Tapi kitorang tak banyak berjalan pun pakai Vellfire kalau bukan jalan dengan full family. Kalau kerja pun kita bawa Mercedes E250 putih Japan Spec 2010. Isi minyak ni biasalah, aku pakai aplikasi Petronas Setel. Mudah dan terbaik. 

Toyota Vellfire Golden Eye 2017 - intai-intai

Image
Setelah study dalam 2-3 minggu secara terperinci tentang jenis² dan keadaan MPV Toyota Vellfire and Toyota Alphard, maka kami telah narrow down kepada model Toyota Vellfire Golden Eye 2017.  Maka bermulalah booking MPV dan juga usaha untuk mencari loan bank.

MPV Alphard & Vellfire aku

Image
Ini post no. 1. Tujuan aku tulis post ni semata² untuk aku rekodkan catatan² kehidupan, perkembangan dan maintenance MPV Alphard (2013 - 2022) dan Vellfire (2022 - ? ) aku. Ini adalah gambar Toyota Alphard 2003 yang telah berjasa pada keluarga aku. Gambar ini diambil Rabu lepas semasa kami serahkan Alphard kepada dealer kereta, sebab kami beli Toyota Vellfire recon baru.